Malaysia pada hari ini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan ekoran daripada penularan wabak covid19 yang meningkatkan jumlah kes di Negara Malaysia. Justeru itu, kebanyakkan pejabat, syarikat, kedai, restoran dan perniagaan lain terpaksa memberhentikan operasinya bagi mengekang penularan wabak ini.

Sepertimana yang anda sedari, bulan Ramadan akan kunjung tiba dan mungkin ada diantara anda sudah mempunyai perancangan untuk berniaga sama ada di bazar Ramadan ataupun di mana-mana sahaja. Akan tetapi, apabila berlaku wabak seperti ini kerajaan terpaksa membatalkan seluruh bazar Ramadan secara fizikal.

Mungkin agak menyedihkan apabila ada diantara anda atau peniaga bazaar Ramadan yang masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Masa yang singkat dan pantas menambahkan lagi kegelisahan dan kerunsingan para peniaga bazar Ramadan untuk menentukan hala tuju perniagaan terutama sepanjang bulan puasa nanti.

Dengan itu, kerajaan telah bertungkus lumus untuk menghasilkan satu platform bazar digital atau lebih dikenali sebagai  ‘E-Bazar Ramadan’ diwujudkan bagi menggantikan bazar Ramadan. Disini kami kongsikan beberapa tips kepada anda dalam proses mendigitalkan perniagaan masing-masing.

 

Antara Tips yang dimaksudkan seperti :

Tip 1: Penjenamaan produk secara digital 

Anda digalakkan untuk melihat kembali jenama perniagaan anda yang sering digunakan semasa berniaga sepanjang bulan Ramadan sebelum ini.

Jika anda tidak mempunyai jenama, anda harus bermula dari sekarang kerana ianya akan membuatkan anda lebih dikenali di dalam dunia digital.

Komponen seperti website (jika ada) dan nama pengguna media sosial sangat penting dalam menguatkan jenama anda.

Contohnya, kalau anda seorang peniaga  ayam madu, pastikan ia mempunyai jenama seperti  “Ayam Madu Legend” dan membina laman web sendiri dengan nama seperti “www.ayammadulegend.com”.

Ini kerana jenama sangat penting bagi menarik pelanggan dan juga dapat memastikan pelanggan lebih mengetahui tentang barangan yang dijual oleh anda kerana  pelanggan tidak lagi bertemu dengan anda secara fizikal seperti sebelum ini.

Para pelanggan boleh mencari peniaga bazar Ramadan di website korporat masing-masing ataupun mana-mana online presence  seperti laman sosial, artikel dan blog.

Tip 2: Memahami Apa itu Konsep E-Dagang

Platform E-dagang sangat berguna untuk memastikan setiap jualan dapat diuruskan secara dalam talian.Anda wajib mengetahui komponen-komponen penting seperti gambar, diskripsi produk, harga, penghantaran dan sebagainya.

Pada platform tersebut, ia akan memastikan anda boleh terus mempromosikan dan menjual produk anda terus kepada pelanggan.
Anda boleh menggunakan pelbagai platform e-dagang sama ada percuma mahupun yang berbayar.

Tip 3: Bina “Payment Gateway”

Apa itu “payment gateway” ? atau erti kata lain adalah gerbang bayaran. Payment Gateway atau gerbang bayaran menjadi komponen utama untuk anda menerima pembayaran daripada pelanggan. Ianya sangat penting terutamanya apabila pelanggan sudah berminat untuk membeli produk yang ditawarkan di laman web atau laman sosial anda dan mahu membuat pembayaran.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak mempunyai gerbang bayaran yang baik, maka ianya akan menyukarkan lagi penyelesaian pembayaran dan akan tergantung.

Alangkah ruginya sekiranya anda yang mempunyai e-commerce website yang cantik akan tetapi tidak mempunyai gerbang bayaran.

Payment gateway juga boleh dijadikan satu platform untuk peniaga bazar Ramadan mempunyai rekod yang baik terhadap semua hasil jualan yang disimpan dalam sistem e-dagang yang lengkap dengan gerbang bayaran.

Tip 4: Mengenal Pasti Proses Penghantaran

Gah mana pun laman web e-dagang anda yang penuh dengan gerbang bayaran yang cantik sekiranya tiada proses penghantaran yang baik juga akan membantutkan proses jualan secara dalam talian.

Antara syarikat  penghantaran tempatan yang anda boleh kenal pasti  di seluruh Malaysia, antaranya Delyva, Getrunner, Pos Malaysia, dan GD Express, Grab, Lalamove, dan banyak lagi.

Anda perlu bijak memilih sistem penghantaran yang bersesuaian dengan produk anda. Sebagai contoh tempahan barangan basah, makanan yg mempunyai ketahanan singkat disyorkan menggunakan perkhimatan motosikal. Jika barangan jualan ada sebaliknya (kering) seperti berasaskan kain seperti telekung, baju, tudung dan lain-lain adalah sesuai menggunakan Pos Malaysia, dan GD Express.

Tip 5: Memaksimakan Penggunaan Media Sosial

Jika bercakap mengenai digital platform sudah pasti pada masa kini, media sosial merupakan antara platform  penyumbang dalam mempromosikan perniagaan anda.

Antara media sosial yang popular adalah seperti Facebook, Facebook Page, WhatsApp, Telegram, Instagram dan pelbagai lagi media sosial yang mungkin sudah sering digunakan oleh para peniaga.

Anda perlu mempelajari teknik copywriting iklan yang baik kerana  ia mampu menarik perhatian bakal pembeli. Isi kandungan memainkan peranan bagi memastikan semua kandungan tersebut dapat menarik perhatian pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk anda. Dan akhirnya pelanggan akan berbelanja di laman web e-dagang menggunakan gerbang bayaran yang lengkap. Anda masih mempunyai masa untuk mencari ilmu dan menambah pengalaman dalam mendigitalkan perniagaan bazar Ramadan masing-masing.

Kepada anda semua peniaga bazar  Ramadhan sudah tentunya anda memerlukan tempat untuk tempahan label stiker untuk produk anda .

Kami di UPrint ada menyediakan khidmat mencetak.

Kiik disini www.uprint.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here