Anda seorang pengkarya yang ingin menerbitkan buku sendiri? Ingin kami nyatakan disini bahawa anda telah berada di tempat yang sepatutnya. Teruskan membaca kerana anda  bakal mengetahui apa yang perlu untuk menerbitkan sebuah karya atau buku penulisan sendiri.

Penerbitan buku sendiri atau lebih mesra disebut dengan istilah self-publish adalah satu karya penulisan yang perlu dicetak sendiri dan dipasarkan sendiri. Semua aspek dan perkara perlu dilakukan sendiri dari sudut penghasilan, percetakan, suntingan sehingga ke bahagian promosi.

Ianya sangat berbeza pula dengan cara penerbitan biasa atau konvensional, dimana semua  aspek dilakukan serta disediakan oleh penerbit. Termasuk juga dari segi penyuntingan manuskrip, tataletak (layout), sampul hadapan (cover) dan menjadikannya sebagai sebuah karya.

Kami sertakan beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh penulis atau sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak untuk menerbit karya penulisan pertama atau sendiri.

 

  • PERLU MEMPUNYAI MANUSKRIP

Pertama , anda perlu menyediakan manuskrip yang siap dan lengkap. Manuskrip dianggap sebagai jalan pembukaan awal untuk meneruskan laluan bagi proses menerbitkan buku pada peringkat seterusnya. Sekiranya manuskrip tidak siap dengan lengkap, tiada apa-apa yang boleh dilakukan.

 

  • DAPATKAN HARGA DARI PENCETAK

Anda perlu mendapatkan sebut harga (quotation) daripada pencetak. Kami di UPrint sudah berpengalaman mencetak buku sejak bertahun – tahun lagi dan boleh mencetak dari 1 naskah hingga ke kuantiti yang besar. Bagi kuantiti yang sedikit ianya lebih dikenali sebagai printing on demand. Kami sangat mementingkan kualiti pada setiap terbitan. Kualiti yang dimaksudkan adalah seperti kualiti kertas, cover, finishing atau sebagainya. Setakat ini, merujuk cetakan secara self-publish ianya melibatkan dalam kuantiti yang kecil. Kualitinya tidak mengecewakan kerana sebab itulah ianya sangat berpeluang untuk masuk dan dipasarkan di kedai.

 

  • DAFTARKAN NOMBOR ISBN UNTUK BUKU ANDA

ISBN atau dikenali juga sebagai Nombor Buku Standard Antarabangsa memiliki 10 angka digit sebagai pemberi identifikasi terhadap satu judul yang diterbitkan oleh penerbit. Antara fungsi ISBN adalah seperti memudahkan untuk masuk ke laluan pasaran di kedai., ISBN juga bertindak untuk menjaga dan melindungi buku daripada sebarang ciplak, di samping mempunyai rekod bersama Perpustakaan Negara Malaysia.

 

  • MEMPROMOSIKAN DI LAMAN SOSIAL

Anda hendaklah melakukan promosi di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Strategi pemasaran atau teknik permulaan amat penting bagi mengetahui buku yang sesuai untuk diterbitkan dan dijual. Apa yang penting adalah, mempromosikan manuskrip yang belum diterbitkan iaitu masih pada peringkat manuskrip sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai “pre order”. Ianya sangat penting bagi menarik perhatian dan minat orang untuk membeli buku yang bakal anda hasilkan. Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui berapa jumlah pengikut atau follower, teknik dan kaedah pre-order sangat penting kerana anda boleh mengetahui jumlah yang betul orang yang akan membeli buku anda.

Berikut adalah hanya beberapa perkara asas yang perlu diketahui malahan bukan itu sahaja ianya banyak lagi perkara yang perlu diambil kira dan dikenal pasti sebelum menerbitkan hasil karya penulisan sendiri.

Pada masa kini mungkin ada antara anda yang mempunyai masalah iaitu kurang keyakinan untuk mencetak dan menerbit buku sendiri. Satu petikan yang dipetik dari salah seorang perunding penulisan buku :

“Terbitkan buku walaupun hanya beberapa cetakan asalkan ilmu yang anda ada sampai kepada masyarakat,”

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nasihat, perkhidmatan percetakan, dan mengetahui lebih lanjut mengenai self-publish atau printing on demand  boleh menghubungi UPrint  menerusi laman sosial kami seperti Facebook, Instagram atau anda juga boleh layari laman web kami di www.uprint.com.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here