Dalam penghasilan sesuatu produk, kreativiti & hasil cetakan adalah merupakan elemen yang penting. Faktor yang menyumbang kepada kualiti  cetakan & produk akhir anda antaranya bergantung kepada fail artwork yang dihantar untuk  proses cetakan. Topik kali ini kami ingin berkongsi tips dan artikel  bagi membantu anda mengoptimumkan fail artwork anda untuk tujuan percetakan agar anda tidak lagi membuat kesilapan.

Topik yang kami ingin kongsikan adalah bagaimana untuk mendapatkan grafik vektor yang terbaik secara percuma untuk kegunaan anda. Sebelum itu, sedikit perkongsian mengenai perbezaan diantara grafik vektor dan raster untuk percetakan.

Grafik Vektor Vs Raster

 

 

 

 

 

Dalam bahasa reka bentuk grafik, apa yang dimaksudkan dengan grafik vektor adalah ianya merupakan elemen grafik (imej,bentuk, dan sebagainya) yang mempunyai beratus-ratus ribu garis kecil dan lengkung. Fail Vektor kebiasaanya digunakan untuk suntingan(editing) dalam perisian seperti Adobe Illustrator, Corel Draw, Macromedia, dan sebagainya.

Manakala bagi grafik raster (atau bitmap) ianya terdiri daripada piksel, yang hanya mengandungi maklumat warna. Piksel dan dataran kecil atau titik kecil(dot) yang dapat dilihat dengan jelas apabila anda membesarkan imej raster. Contoh yang boleh dikaitkan dengan piksel adalah seperti gambar yang diambil menggunakan kamera telefon anda atau kamera DSLR dan memang daripada format raster. Fail raster boleh diedit menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Gimp, Corel Photo-Paint, dan banyak lagi.

Grafik Vektor Penting Untuk Kegunaan Reka Bentuk Grafik ?

Sebagai manfaat utama dalam reka bentuk grafik, pemilihan grafik vektor sangat penting bagi menghasilkan karya seni yang tidak terhad dari segi resolusi imej. Kebiasaanya, masalah yang sering berlaku apabila fail artwork anda diterima oleh pencetak adalah imej raster yang beresolusi terlalu rendah dan menyebabkan kualiti yang kurang memuaskan pada cetakan.

Jika anda menggunakan grafik vektor, ianya dapat mengatasi masalah itu kerana anda boleh memperbesarkan vektor sebanyak yang anda mahukan tanpa merendahkan kualiti.Itulah sebabnya apabila anda mencetak vektor dalam sebarang saiz, kualitinya akan sentiasa lebih jelas.

Anda boleh lihat gambaran visual di bawah ini tentang perbezaan grafik vektor dan raster selepas dibesarkan. Seperti yang dapat dilihat, terdapat satu titik apabila grafik raster bermula menunjukkan piksel persegi dengan jelas. Vektor walaupun diperbesarkan, ianya tidak merendahkan kualiti. Dengan itu, grafik vektor adalah pilihan untuk logo, dan unsur-unsur grafik.

 

 

 

 

IMEJ RASTER                      IMEJ VEKTOR

Anda pun sudah tahu tentang perbezaan grafik vektor dan raster. Selanjutnya, kami akan kongsikan antara laman web terbaik yang boleh anda rujuk untuk memuat turun grafik vektor.

1.FREEPIK

 

 

 

 

 

 

 

Freepik merupakan salah satu daripada laman web muat turun vektor yang paling popular digunakan oleh para pereka. Ianya menjadi popular kerana banyak pilihan vektor dan imej raster baik dari segi reka bentuk yang moden malah ada juga yang klasik..  Anda boleh mencari segala-galanya samada  ikon, kartun, latar belakang dan produk. Vektor yang tersedia juga ada yang percuma dan ada juga yang perlu berbayar.Anda boleh klik link disini untuk melawati laman web tersebut. https://www.freepik.com/

2.DRYICONS

 

 

 

 

 

 

Untuk laman web kedua ini merupakan laman web yang memberi fokus pada ikon. Dryicons juga merupakan sumber yang bagus untuk anda mencari jenis-jenis ikon yang anda perlukan. Tidak kira jika anda mahu gunakan pada laman web anda atau pada produk cetakan anda,ianya semua boleh didapati disini. Anda boleh layari https://dryicons.com/

3.VECTEEZY

 

 

 

 

 

 

Vecteezy ni apa pula ya? bagi anda yang mungkin sudah biasa menggunakan freepik sebagai laman web untuk mencari vector. Vecteezy juga merupakan salah satu laman web yang popular digunakan kerana ianya sangat mesra pengguna. Melayarinya agak menyenangkan dan ianya mengandungi pelbagai ikon yang comel, sepanduk, dan karya seni yang lain. Klik laman web ini untuk terokai https://www.vecteezy.com/

4.THENOUNPROJECT

 

 

 

 

 

Anda masih ingat laman web Dryicons yang tersenarai tadi? Pun begitu, laman web ini juga mengfokuskan pada Ikon. Anda boleh memuat turun ikon vektor yang sesuai dengan artwork anda dari pelbagai kategori. Laman web ini mungkin terbaik bagi pemilihan ikon, terutamanya pada konsep yang minimalis. Kunjungi https://thenounproject.com/

5.1001FREEDOWNLOADS

 

 

 

 

 

 

 

1001FreeDownloads menyediakan grafik yang pelbagai kategori seperti latar belakang, ikon , berus, gaya font tulisan dan pelbagai corak lain lagi. Anda mungkin dapat memilih mengikut citarasa anda.  Seterusnya boleh layari https://www.1001freedownloads.com/

6.FREEVECTORS

 

 

 

 

 

 

 

Anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mencari sebarang jenis vektor. Ianya menyediakan pelbagai gabungan ikon, sepanduk, dan karya seni yang lain secara percuma. Anda boleh mencari laman web nya di https://www.freevector.com/

 7.VEXELS

 

 

 

 

 

Sumber lain yang boleh didapati lagi adalah daripada laman web Vexels. Vektor Grafik yang sememang sudah tersedia dapat dimuat turun melalui laman web ini. Vexels juga menjadi sumber yang terbaik untuk rekaan grafik yang menarik dan konsep yang agak menonjol dari yang lain. Terokai laman web ini di https://www.vexels.com/free-vectors.

 8. 123FREEVECTORS

 

 

 

 

 

 

123FreeVectors juga menjadi kunjungan bagi pereka untuk mendapatkan latar belakang vektor secara percuma.Ianya mudah dicari dan anda boleh layari di https://www.123freevectors.com/

9.STOCKIO

 

 

 

 

 

Stockio merupakan laman web yang lebih dari sekadar vektor. Apa yang terdapat pada laman web ini juga adalah seperti gambar dalam kualiti tinggi, dan sekaligus menjadi pilihan terbaik untuk dicetak. Anda juga boleh memuat turun lebih pelbagai jenis vektor terus dari laman web ini. Layari https://www.stockio.com/

10.VECTORPORTAL

 

 

 

 

 

Kunjungi laman web Vectorportal sekiranya anda ingin mencari elemen yang hendak digunakan dalam penghasilan logo. Laman ini menawarkan pelbagai elemen yang boleh sepadan dengan pelbagai jenis perniagaan atau reka bentuk produk percetakan.

Sekarang anda dah tahu laman web untuk mencari grafik vektor dan mungkin anda dah bersedia untuk membuat design dengan baik dan cantik.

Sekiranya anda mempunyai produk seperti label stiker, bunting , banner , kad ucapan atau lain-lain lagi yang ingin dicetak,dapatkan info daripada kami di UPrint kerana jaminan kami dari segi kualiti cetakan serta harga yang menarik mampu membuat anda tersenyum gembira.

Untuk melihat produk-produk cetakan yang ditawarkan.

Ayuh singgah ke laman web www.uprint.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here