Bagaimana Label Stiker Membantu Untuk Pendapatan Bisnes Anda?

0
59

Pernah ke anda terfikir dengan adanya label stiker pada setiap produk anda, ianya sekaligus dapat menaikkan lagi pendapatan bisnes anda? Tidak kira walaupun anda baru bermula untuk berbisnes atau sudah lama, label stiker amat penting bagi mewujudkan identiti sesuatu bisnes.

Malaysia pada hari ini, semakin ramai  usahawan-usahawan baru yang muncul bagai “cendawan yang tumbuh selepas hujan “. Ianya ekoran daripada terciptanya teknologi yang mudah alih seperti perniagaan di atas talian(online), penghantaran barangan ke pintu rumah (delivery) dan lain-lain lagi. Dengan itu ianya memudahkan orang ramai untuk mula membuka bisnes sendiri. Akan tetapi, dalam setiap bisnes perlu ada penjenamaan dan pemasaran. Ianya  adalah kerja-kerja hakiki yang perlu dibuat oleh pemilik bisnes.

Anda perlu buat kajian pemasaran terlebih dahulu sebelum memulakan kempen pemasaran. Kajian mengenai siapa pelanggan anda, apakah medium pemasaran, apakah mesej pemasaran yang akan disampaikan dan setelah itu, baru anda boleh memulakan kempen pemasaran anda. Apa yang pasti, anda boleh menggunakan pelbagai strategi pemasaran yang berkesan untuk menarik pelanggan ke bisnes yang anda lakukan.

Label Sticker adalah satu taktik pemasaran yang anda boleh mulakan. Ianya boleh didapati dengan mudah sama ada dalam talian atau di kedai fizikal seperti mana-mana kedai percetakan yang menawarkan servis percetakan stiker.

Antara kelebihan dengan adanya label stiker untuk produk anda adalah:

1.Tarikan pada design sticker

“Jatuh cinta pada pandangan pertama” , ungkapan yang biasa kita dengar jika melihat sesuatu perkara yang menarik buat kali pertama. Dan ini juga yang akan berlaku pada pelanggan anda yang melihat design yang ada pada stiker produk anda. Design yang boleh menarik orang untuk terus melihat produk anda merupakan satu kaedah yang mampu menarik minat untuk orang membeli produk anda tanpa perlu memaksa mereka membeli.

Adanya juga design stiker yang menarik yang dihasilkan melalui kaedah percetakan, ianya sekaligus mampu menaikkan jenama anda dengan cepat.Ini kerana cetakan stiker pada produk adalah lebih ketara berbanding cetakan biasa.

2. Produk akan lebih dipercayai

Dengan adanya label stiker anda boleh meletakkan contact number, nama syarikat, kandungan dalam packaging anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pelanggan lebih mengenali anda dan menambahkan lagi keyakinan kepada pembeli.

3. Cabut dan tampal semudah ABC

Cara untuk penggunaan label stiker adalah sangat mudah. Anda hanya perlu cabut kertas di belakang stiker dan kemudian tampal terus di permukaan produk anda. Mudah bukan? Cepat dan menjimatkan masa.

 4. Harga yang murah

Kos label stiker adalah rendah dan tanpa perlu berbelanja besar. Sudah semestinya anda mahukan penjimatan kos perbelanjaan dalam perniagaan.  Uprint boleh menawarkan anda harga yang murah dan berpatutan untuk tempahan label stiker.

5. Sukar untuk tercabut

Salah satu kelebihan yang ada pada label stiker  adalah ianya sukar untuk tercabut apabila sudah ditampal. Hal ini kerana, kertas gam stiker yang dihasilkan oleh pengeluar berkualiti tinggi. Dengan itu,ianya tidak akan mudah terkoyak dan akan terletak dengan begitu cantik pada produk anda.

Anda tidak tahu bagaimana cara untuk membuat design pada stiker?

Kami di UPrint turut menawarkan servis design bagi sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan label stiker. Caj design yang dikenakan berpatutan dan bersesuaian dengan bentuk dan jenis design yang anda inginkan.

 

Ingin mengetahui harga untuk mencetak label stiker ?

Hubungi kami atau layari laman web kami di

www.uprint.com.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here