Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu perbezaani antara Offset Printing dan Digital Printing.  Apa yang sebenarnya membezakan antara Offset Printing dan Digital Printing ni ya?

Keliru antara offset printing dan digital printing? Nak cetak flyers, kad nama kuantiti kecil nak guna offset atau digital printing? Ini antara persoalan yang bermain di fikiran anda bukan?

Ringkas kami akan nyatakan pada artikel ini bagi menjelaskan perbezaan diantara Offset Printing dan Digital Printing. Untuk anda yang mengusahakan bisnes percetakan, anda perlu mengambil tahu bila dan kenapa perlu mengenalpasti offset printing dan digital printing.

Mengenali Offset Printing


 

 

 

Merujuk kepada gambaran diatas, ianya merupakan bahagian-bahagian yang ada pada proses mencetak dalam kategori offset printing.

Dari sudut istilah dan cara kerja bagi offset printing, apa yang dimaksudkan dengannya adalah teknologi percetakan offset menggunakan plat, biasanya dibuat dari aluminium, yang digunakan untuk memindahkan gambar ke “blanket” getah, dan kemudian melancarkan gambar itu ke selembar kertas. Dengan itu, ianya dipanggil jenis cetakan offset kerana dakwat tidak dipindahkan terus ke atas kertas.

Mengenali Digital Printing

 

 

 

 

 

 

Bagi jenis cetakan digital pula, ianya sama sekali tidak menyerupai offset. Hal ini kerana, cetakan digital (Digital Printing) menggunakan toner untuk melancarkan gambar (imej) pada permukaan kertas tanpa memerlukan blanket seperti yang ada pada offset.

Apakah  faktor untuk menentukan  penggunaan offset atau digital printing ?

Ada beberapa faktor yang boleh dinilai bagi menentukan sesuatu cetakan itu perlu dicetak pada offset printing atau digital printing. Antara faktornya adalah seperti :

1. KUANTITI

Offset Printing biasanya memerlukan kuantiti yang besar untuk dicetak. Kuantiti yang sesuai untuk dicetak selalunya melibatkan cetakan melebihi 500 pcs. Berbeza pula dengan digital printing yang sesuai untuk cetakan dalam kuantiti yang kecil atau sedikit seperti 1pcs.

2. HARGA

Jika bercerita tentang harga sudah pasti ada perbezaan antara keduanya. Ianya juga bergantung pada kriteria sesuatu bahan cetakan. Untuk kuantiti yang sedikit, harga akan lebih murah jika anda memilih digital printing dan manakala bagi kuantiti yang besar,pilihan yang terbaik adalah mencetak menggunakan offset printing kerana ianya jauh lebih murah berbanding dengan anda mencetak digital printing.

3. SAIZ CETAKAN

Saiz cetakan yang boleh dicetak untuk offset printing ada pelbagai size antaranya  45”x 30”, 18″ x 23″,  23″ x 36″ , 15″ x 20″ dan banyak lagi.Saiz nya juga bergantung kepada jenis mesin dan model mesin tersebut. Selain itu, saiznya juga lebih besar dari cetakan digital printing. Ini kerana digital printing hanya mampu mencetak dokumen atau saiz sehingga saiz 13” X 19”., 12.5” x 17.5” ,12” x 18” , 12.9 “ x 25.9” keluasan kwasan boleh cetak (run size paper) bergantung kepada jenis machine yang terdapat dipasaran.

4. KUALITI

Kualiti Cetak antara digital & offset kini kualiti hampir setanding oleh kerana peredaran teknologi semakin maju. Cetakan offset merupakan pilihan kerana ianya berkualiti tinggi untuk mencetak warna dengan padat atau menerima kawasan yang halus (kawasan berlorek).Bagi cetakan digital pula, warna cetakan yang dihasilkan dengan percetakan digital lebih mudah ‘retak’ ketika dilipat, terutamanya jika dicetak pada kuantiti yang besar. Pada masa yang sama, kualiti percetakan digital juga telah meningkat dengan pesat, dan sebilangan orang lebih gemar pada warna digital.Tapi kebiasaanya warna akan berbeza sedikit daripada design asal produk. Untuk cetakan pada offset, kebiasaanya output warna cetakan adalah 99% tepat dengan design asal. Selain itu, warna lebih tahan lama berbanding digital printing.Ini kerana cetakan offset mempunyai pilihan ideal untuk cetakan menggunakan pantone color.

5. KETEBALAN DOKUMEN

Ketebalan juga antara faktor utama yang menentukan sesuatu produk cetakan dapat dicetak sama ada pada cetakan digital atau cetakan offset.Kebiasaanya cetakan digital dapat dijalankan pada dokumen yang kurang daripada 350 gsm.Ketebalan dokumen juga bergantung kepada jenis model-model mesin yang ada dipasaran

Bagi cetakan offset pula, Sekiranya mengikut standard ISO kertas offset  ianya  melebihi dari 80% adalah pada ketebalan 40-300 gsm,Ini kerana kertas offset mempunyai jumlah ukuran yang tersendiri untuk menahan kelembapan dakwat cetakan yang  berlebihan ketika diproses dalam sistem cetakan offset. Selain itu, kertas offset mempunyai  urat kertas yang kuat dan kestabilan dimensi yang baik, kekuatan permukaan yang tinggi, dan tahap peleburan yang rendah. Kertas ofset boleh didapati dalam jenis bersalut dan tidak dilapisi dan dalam kemasan halus, vellum dan corak. Ianya juga boleh menerima pelbagai jenis bahan atau material cetakan bergantung kepada jenis dan model mesin offset yang berada di pasaran.

6.KELAJUAN

Jika anda mempunyai projek yang terburu-buru, tidak ada yang dapat mengalahkan kelajuan percetakan digital. Sebenarnya, anda boleh mempunyai risalah atau kad nama dalam beberapa minit menggunakan cetakan digital. . Hal ini kerana cetakan digital boleh disiapkan dalam tempoh yg cepat tidak perlu melalui proses pembuatan plate seperti offset.Akan tetapi, jika anda memerlukan jangka masa panjang untuk mencetak produk cetakan tanpa ingi melakukan  perubahan pada maklumat , percetakan offset dapat menjadi salah satu pilihan kerana disamping anda mendapat kualiti yang lagi baik. Di samping itu, pada masa kini sudah terdapat pelbagai mesin cetak yang moden menggunakan pengering atau pelapis khas untuk menjadikan cetakan dapat dikeringkan dengan cepat.

7.PEMBAZIRAN

Perlu anda ketahui juga dimana cetakan digital akan mengurangkan pembaziran. Hal ini kerana  tiada pembaziran kertas untuk tujuan test print (sekiranya tidak salah cetak saiz dokumen dan lain-lain).

Akan tetapi berbeza pula dengan cetakan offset kerana ianya perlu menjalankan proses test print terlebih dahulu dan  memerlukan beberapa kertas sebelum cetakan sebenar dijalankan (make ready) untuk mendapatkan register bagi setiap tindihan warna seperti cyan, magenta, yellow & black (CMYK).

8.JANGKA MASA PANJANG VS JANGKA MASA PENDEK

Bagi yang berminat untuk melabur pada mesin-mesin cetakan ini, apa yang anda patut perhatikan sekiranya anda ingin membuka perniagaan kecil dan ingin memaksimumkan pulangan pelaburan dalam jangka masa pendek ada adalah percetakan digital. Percetakan digital dapat menjimatkan bayaran dari persediaan atau “mesin setup” sehingga boleh menjadi jauh lebih ekonomik daripada percetakan offset. Walau bagaimanapun, keadaan offset dapat mencetak dengan laju dan harga cetakan offset per keping dan ianya akan lebih murah sekiranya anda mempunya kuantiti produk yang besar untuk dicetak. Jika demikian, jangka masa panjang adalah sesuai untuk memilih percetakan offset kerana ianya menjadi jauh lebih ekonomik daripada percetakan digital.

Selain itu, bergantung juga pada jenis projek yang anda cetak, percetakan digital biasanya merupakan pilihan terbaik ketika anda mencetak kurang dari 500 hingga 1,000 keping; dan percetakan ofset biasanya merupakan pilihan terbaik apabila anda mencetak lebih dari 500 hingga 1,000 keping. Perlu diingat bahawa banyak sumber yang menerbitkan maklumat mengenai percetakan offset berbanding percetakan digital dan ianya mempunyai kepentingan masing-masing  tetapi sekiranya  anda mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat percetakan yang mempunyai mesin cetak canggih untuk aplikasi offset dan digital, anda boleh mendapatkan cadangan yang tidak berat sebelah dan sesuai dengan keperluan anggaran, kuantiti dan kualiti sehingga anda dapat menentukan mana satu yang sesuai dengan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here